salji



NOTA

BAB 1: DUNIA MELALUI DERIA KITA

Organ-organ Deria
Manusia mempunyai lima organ deria utama iaitu, kulit, hidung, lidah, telinga dan mata.

Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita.

Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.

Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya.

Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya.

Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan.

Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.



Organ deria
Jenis deria
Ransangan dikesan
Kulit
Sentuhan
Sentuh, tekanan, sakit, sejuk & panas
Hidung
Bau
Bahan-bahan kimia
Lidah
Rasa
Kimia
Telinga
Pendengaran & keseimbangan
Bunyi
Mata
Penglihatan
Cahaya




Deria Sentuhan
Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh objek yang tertentu.

Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit (skin).




Struktur dan fungsi kulit manusia

Struktur kulit manusia:

Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luar).

Dermis:
  • Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).
  • Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.
  • Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar peluh (sweat glands) dan tisu adipos (lemak).
  • Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.
  • Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.

Jenis-jenis reseptor.

Epidermis:
  • Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan.
  • Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
  • Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.

Tahap kepekaan kulit

Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity) di setiap bahagian yang berlainan pada badan.

Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.

Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor
  • Ketebalan epidermis
Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.
  • Bilangan reseptor
Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.

Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusia
  • Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.

  • Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada rangsangan  sejuk dan panas.

  • Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif terhadap sentuhan kerana ia mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.

Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:
  • Tempat suntikan pada badan.
    Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik.
  • Membaca 'Braille'.
    Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.

Deria Bau
Deria bau (sense of smell) adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli) yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals).

Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).

Struktur hidung manusia:
  • Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium (epithelium tissue).
  • Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).
  • Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.
  • Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.


Struktur dan fungsi hidung manusia.

Proses mengesan bau oleh hidung:
  1. Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung (rongga nasal) akan larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria.
  2. Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls (impulse) adalah isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf.
  3. Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir impuls tersebut sebagai bau.
  4. Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral scent), bau busuk (foul odour), bau dibakar (burnt smell) dan aroma makanan (food aroma) yang diangkut melalui udara kedalam hidung.

Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
  • Kekuatan bau.
Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang lebih lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain (yang lebih lemah baunya) tidak akan dikesan pada masa yang sama.
  • Kehadiran mukus dalam hidung.
Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan kimia yang merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga hidung kering dan menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul.
Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya menghalang sel-sel deria daripada dirangsang oleh bahan kimia. Oleh itu, orang yang menghidap selsema mempunyai kecekapan hidung yang kurang.

Deria Rasa
Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured chemicals).

Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa.

Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.


Kawasan rasa lidah manusia.
  • Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin (salty), masam (sour) dan pahit (bitter).
  • Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds). Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty).
  • Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan.
  • Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu sahaja.
  • Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-masing sensitif terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja.
  • Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit,  manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:
  • Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair (liquid form).
  • Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk melarutkan makanan.
  • Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk mencetuskan impuls.
  • Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa.
  • Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa (tastes).

Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense of taste):
  • Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau adalah saling berkaitan.
  • Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus (mucus).
  • Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.

Deria Pendengaran
Deria pendengaran (sense of hearing) adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar.

Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk mengawal keseimbangan (equilibrium) apabila badan bergerak.

Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia.

Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.

Struktur telinga manusia:


Struktur dan fungsi telinga manusia.

  • Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
  • Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair.
Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:


Bahagian
Struktur / Ciri-ciri
Fungsi
Telinga luar:
Cuping telinga
(Pinna)
Berbentuk corong dan terdiri daripada tulang rawan.
Mengumpul dan mengarahkan gelombang bunyi ke dalam telinga.
Salur telinga
(Ear canal)
Tiub sempit yang menghala ke arah gegendang telinga.
Menghantar gelombang bunyi ke gegendang telinga.
Gegendang telinga
(Eardrum)
Membran nipis yang memisahkan bahagian telinga luar daripada telinga tengah.
Bergetar dan menghantar gelombang bunyi ke osikel.
Telinga tengah:

Osikel
(Ossicles)
Terdiri daripada tiga tulang kecil:

Tukul (Hammer): Menyentuh gegendang telinga.

Andas (Anvil): Menyambungkan tulang tukul kepada tulang rakap.

Rakap (Stirrup): Melekat pada tingkap bujur.
Mempertingkatkan getaran gelombang bunyi sebanyak 22 kali sebelum menghantar ke tingkap bujur.
Tiub Eustachia
(Eustachian tube)
Tiub sempit yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak.
Mengimbangi tekanan udara di kedua-dua belah gegendang telinga.
Tingkap bujur
(Oval window)
Membran nipis yang berbentuk bujur antara telinga tengah dan telinga dalam.
Menghantar getaran bunyi dari bahagian telinga tengah ke telinga dalam.
Telinga dalam:

Koklea
(Cochlea)
Tiub bergelung yang penuh dengan cecair. Dinding dalamnya mempunyai hujung saraf yang sensitif terhadap getaran gelombang bunyi.
Mengubah getaran bunyi kepada impuls.
Salur separuh bulat
(Semicircular canals)
Tiga saluran yang terletak pada sudut kanan di antara satu sama lain. Mempunyai kantung kecil yang dipenuhi dengan cecair dan hujung saraf yang sensitif terhadap keseimbangan fizikal badan.
Mengimbangi kedudukan badan.
Saraf auditori
(Auditory nerves)
Sekumpulan saraf yang menyambungkan sel-sel deria ke otak.
Menghantar impuls dari koklea ke otak untuk ditafsirkan sebagai bunyi.



Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat dalam pendengaran.

Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga.

Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium).
  • Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair yang dipanggil 'endolymph'.
  • Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.
  • Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls.
  • Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah pergerakan kepala.

Mekanisme pendengaran telinga
  1. Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang (waves).
  2. Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada salur telinga.
  3. Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga.
  4. Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.
  5. Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan (intensified) sebanyak 22 kali oleh osikel.
  6. Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap bujur.
  7. Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk bergetar dan merangsang sel-sel saraf di dalam koklea.
  8. Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls.
  9. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

Deria Penglihatan
Struktur dan fungsi mata manusia.

Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya (light stimulus).

Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia.

Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull).

Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.

Kedudukan mata dalam soket tengkorak.

Struktur mata manusia.

Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam).

Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya.

Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).

Keratan rentas mata manusia.



Pandangan hadapan mata.


Fungsi setiap bahagian mata.


Bahagian
Struktur/Ciri-ciri
Fungsi
Sklera (sclera)
Lapisan putih yang kuat.
  • Memegang bentuk mata.
  • Melindungi mata.
Kornea (cornea)
Membran lut cahaya (translucent) sklera, pada bahagian depan mata.
  • Membenarkan cahaya masuk ke dalam mata.
  • Memfokus cahaya pada retina.
Koroid (choroid)
Lapisan gelap yang mempunyai banyak kapilari darah
  • Membekal oksigen dan makanan kepada mata.
  • Menyerap dan mengelakkan pantulan cahaya di dalam mata.
Konjunktiva (conjunctiva)
Lapisan epitelium pada depan mata.
Melindungi kornea.
Iris
Lapisan berbentuk cakera (disc-shaped) pada depan mata.
  • Menentukan warna mata.
  • Mengawal saiz pupil dan jumlah cahaya yang memasuki mata.
Anak mata (pupil)
Bukaan kecil pada depan mata.
Membenarkan cahaya memasuki mata.
Kanta mata (lens)
Kanta cembung yang lut sinar dan elastik.
Membias dan menfokus cahaya pada retina.
Otot silia (ciliary muscle)
Otot yang membentang dari koroid.
Mengubah ketebalan kanta apabila jarak fokus kanta berubah.
Ligamen gantung (supportive ligament)
Satu struktur yang terbentuk daripada gentian kolagen.
Menyokong dan memegang kanta pada tempatnya.
Gelemaca (vitreous humour)
Bahan seperti jeli yang mengisi ruang di dalam biji mata.
  • Mengekalkan bentuk mata.
  • Menyerakkan dan memfokus imej pada retina.
  • Bertindak sebagai penyerap getaran pada mata.
Gelemair (aqueous humour)
Cecair tidak berwarna yang mengisi ruang di bahagian hadapan kanta mata.
Membias dan menfokus cahaya yang memasuki mata.
Retina


(a)   Bintik kuning
(yellow spot)

(b)   Bintik buta
(blind spot)
Lapisan sel yang peka kepada cahaya.






Titik bertentangan dengan pupil dan kaya dengan reseptor peka cahaya.





Titik melalui saraf optik, yang keluar dari retina, dan tidak mempunyai sel yang peka kepada cahaya.
  • Mengesan rangsangan cahaya dan menukarkannya kepada impuls.
  • Kawasan mata yang paling peka terhadap cahaya.
  • Imej objek yang dilihat difokus disini.
  • Kawasan mata yang tidak peka terhadap cahaya.
  • Imej objek yang terbentuk di sini tidak dapat dikesan.
Saraf optik (optic nerve)
Sekumpulan saraf yang menghubungkan retina ke otak.
Menghantar impuls dari retina ke otak untuk ditafsirkan.



Mekanisme Penglihatan
Pembentukan imej pada retina.

Kanta mata (lens) dalam mata manusia adalah kanta cembung yang lutsinar (transparent convex lens).

Cahaya yang datang daripada objek akan melalui kanta seterusnya dibengkokkan (bent) dan difokuskan kepada retina.

Imej yang difokuskan pada retina dikawal oleh otot silia (ciliary muscles).

Otot silia (relaxation and contraction of ciliary muscles) bertindak untuk mengawal ketebalan kanta mata (thickness of the eye lens).

Ketebalan kanta akan berubah untuk membolehkan mata untuk melihat objek dekat dan jauh. 

Keupayaan mata untuk memfokus kepada objek pada jarak yang berbeza dikenali sebagai akomodasi (accommodation). Tindakan ini dilakukan oleh otot silia yang mengubah ketebalan kanta mata dan dengan itu mengubah jarak fokusnya. 

Seseorang yang berpenglihatan normal dapat memfokuskan objek dari jarak 25cm hingga infiniti. Jarak 25cm dikenali sebagai jarak minimum bagi penglihatan jelas.



Akomodasi ->
Melihat objek yang dekat
Melihat objek yang jauh
Otot silia (ciliary muscle)

Mengecut (contract)

Dalam keadaan rehat/mengendur (relax)
Keadaan ligamen gantung (supportive ligament)

Dalam keadaan rehat/mengendur (relax)

Mengecut (contract)
Ketebalan kanta mata

Menebal (become thick)

Menipis (become thin)

Illustrasi




Mekanisme Penglihatan

Sesuatu objek membalikkan (reflects) cahaya dalam semua arah.

Hanya cahaya dalam kawasan pandangan tertentu sahaja akan memasuki mata.

Cahaya dibengkokkan pada kornea (cornea), gelemair (aqueous humour), kanta mata (lens) dan gelemaca (vitreous humour).

Suatu imej terbalik (inverted image) akan terfokus kepada retina dan seterusnya mencetuskan impuls saraf.
Pembentukan imej pada retina.

Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf optik untuk
ditafsirkan. Imej ditafsirkan sebagai tegak.

Pembentukan imej pada retina adalah sama seperti pembentukan imej oleh kanta cembung (convex lens), yang menghasilkan imej terbalik dan nyata.

BAB 2: NUTRISI


Kelas-kelas Pemakanan

Setiap hidupan (living things) memerlukan makanan untuk meneruskan hidup.

Kita memerlukan makanan untuk:
  • mendapatkan tenaga kimia (chemical energy) untuk menjalanakan aktiviti, dan haba bagi mengekalkan suhu badan (body temperature) pada 37°C.
  • membina tisu baru semasa pembesaran dan juga untuk pembaikan tisu yang lama atau rosak yang terdapat di dalam badan.
  • mengekalkan kesihatan badan serta melindunginya daripada sebarang penyakit dan jangkitan.

Makanan yang dimakan oleh manusia boleh dibahagikan kepada tujuh (07) kelas seperti berikut:
  1. Karbohidrat (carbohydrate)
  2. Protein
  3. Lemak (fat)
  4. Vitamin
  5. Mineral
  6. Serat (fibre)
  7. Air (water)



KARBOHIDRAT
1. Karbohidrat terdiri daripada unsure karbon, hydrogen dan oksigen.
2. Karbohidrat dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu: a) kanji b) gula c) selulosa.
3. Makanan yang kaya dengan karbohidrat termasuk nasi, kentang, gula, roti, dan pisang.
4. Karbohidrat merupakan sumber utama tenaga kita. Karbohidrat berfungsi untuk membekalkan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti berjalan, bernafas dan bekerja.
5. Karbohidrat yang berlebihan disimpan sebagai lemak dalam badan.
PROTEIN
1. Protein terdiri daripada karbon, hydrogen, oksigen dan nitrogen. Sesetengah protein juga mempunyai unsure fosforus dan sulfur.
2. Makanan yang kaya dengan protein termasuk ikan, susu, daging, putih telur, dan kekacang (kacang tanah dan kacang soya).
3. Protein digunakan untuk membina tisu badan, enzim dan hormon.
4. Protein diperlukan semasa membina sel-sel baru untuk
            (a) pertumbuhan
            (b) menggantikan tisu-tisu yang rosak
5. Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan banyak protein. Kekurangan protein akan menyebabkan penyakit kwasyiorkor (pertumbuhan terbantut).
6. Dalam keadaan kekurangan karbohidrat, protein juga membekalkan tenaga.
LEMAK
1. Lemak juga terdiri daripada karbon, hydrogen, dan oksigen tetapi dalam nisbah yang berlainan daripada karbohidrat.
2. Makanan yang kaya dengan lemak termasuk minyak kelapa sawit, minyak kelapa, minyak ikan, mentega, daging berlemak dan kuning telur.
3. Lemak menghasilkan dua kali ganda tenaga berbanding dengan karbohidrat yang sama berat.
4. Fungsi lemak termasuk:
            (a) membekalkan tenaga
            (b) sebagai penebat haba untuk mengurangkan kehilangan haba dari badan.
            (c) melindungi organ-organ dalaman seperti ginjal dan jantung.
            (d) melarutkan sesetengah vitamin didalam badan seperti vitamin A, D, E dan K.

VITAMIN
1. Vitamin diperlukan dalam kuantiti yang kecil sahaja.
2. Vitamin dikelaskan kepada dua kumpulan:
            (a) Vitamin larut air: vitamin B dan C
            (b) Vitamin larut lemak: vitamin A,D,E, dan K
3. Vitamin melindungi badan daripada pelbagai jenis penyakit dan mengekalkan kesihatan badan.
GARAM MINERAL
1. Garam mineral diperlukan dalam kuantiti yang kecil sahaja.
2. Garam mineral membantu mengekalkan kesihatan badan.
PELAWAS
1. Pelawas terdiri daripada gentian-gentian seperti selulosa, yang terdapat dalam makanan dan sukar dicerna oleh badan kita
2. Sumber pelawas yang utama ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
3. Pelawas membantu merangsangkan tindakan peristalsis dan pergerakan otot di sepanjang usus kecil dan usus besar.
4. Kekurangan pelawas dalam gizi menyebabkan sembelit (kesukaran membuang najis)
AIR
1. Makanan dan minuman membekalkan air yang diperlukan oleh badan kita.
2. Fungsi-fungsi air termasuk:
            (a) mengawal suhu badan
            (b) mengangkut bahan perkumuhan seperti karbon dioksida dan urea keluar dari badan
            (c) mengawal kepekatan darah
            (d) mengangkut makanan semasa pencernaan makanan
            (e) sebagai pelincir
            (f) sebagai medium bagi tindak balas kimia di dalam badan


BAB 3: KEPELBAGAIAN HIDUPAN


Kepelbagaian Benda Hidup

1.
Benda hidup dikenali sebagai organisma.
2.
Organisma terdiri daripada haiwan dan tumbuhan.
3.
Organisma berlainan mempunyai saiz dan bentuk yang berlainan.
4.
Ciri-ciri organisma yang berbeza boleh digunakan  untuk mengelaskan benda hidup.
5.
Setiap benda hidup mendiami habitatnya untuk mendapatkan sumber makanan, perlindungan dan juga untuk pembiakan.


(a)       Mikroorganisma

1.
Selain organisma yang besar, terdapat juga haiwan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Organisma ini dikenali sebagai mikroorganisma.
2.
Contoh-contoh mikroorganisma ialah mukor, bakteria, amoeba, paramesium, euglena dan klamidomonas.
3.
Bakteria adalah organisma yang boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti :
 
i.
Bentuk bulat - kokus
 
ii.
Bentuk rod - basilus
 
iii.
Bentuk bergulung - spirila
4.
Mukor ialah sejenis kulat yang hidup di atas kepingan roti yang lembap. Bahagian yang penting pada mukor ialah :
 
i.
hifa - bebenang putih di atas permukaan roti.
 
ii.
miselium - jalinan hifa yang tumbuh ke dalam subtrat.
 
iii.
sporangium - struktur pembiakan yang berbentuk bulat di atas permukaan bagi menghasilkan spora.
5.
Paramesium berbentuk seperti tapak kasut. Badannya diliputi bulu pendek yang dikenali sebagai silium. Silium digunakan untuk pergerakan dalam air.
6,
Sesetengah mikroorganisma berfaedah kepada manusia seperti yis yang digunakan dalam pembuatan roti dan penesilium yang digunakan untuk menghasilkan antibiotik penisilin.


(b)       Manusia

1.
Manusia juga menunjukkan kepelbagaian rupa bentuk dan saiz. Mengikut kajian, tiada manusia di dunia ini yang serupa sepenuhnyang walaupun kembar seiras.
2.
Ciri-ciri yang membezakan antara manusia ialah cap jari, ketinggian, berat badan, jenis rambut, warna anak mata, bentuk cuping telinga, kumpulan darah, kebolehan menggulung lidah, kebolehan membengkokkan ibu jari dan sebagainya.


(c)       Ciri-Ciri Am Benda Hidup

1.
Semua benda hidup menunjukkan beberapa ciri yang berbeza daripada benda benda bukan hidup.
2.
Ciri-ciri benda hidup ialah makan, bernafas, bergerak, bergerak balas, berkumuh, tumbesaran dan membiak.


Sel Sebagai Unit Asas Benda Hidup

1.
Sel merupakan unit asal benda hidup.
2.
Setiap sel pada amnya mempunyai membran sel, sitoplasma, dan nukleus.
3.
Sitoplasma bersama dengan nukleus dikenali sebagai protoplasma.
4.
Sesetengah sel mempunyai lompang yang dikenali sebagai vakuol.
5.
Perbezaan antara sel tumbuhan dan haiwan adalah seperti berikut:




Sel Tumbuhan
Sel Haiwan
Bentuk tetap
Bentuk tidak tetap
Mempunyai dinding dan membran sel
Mempunyai membran sel sahaja
 
Mempunyai kloroplas
 
Tidak mempunyai kloroplas
 
Vakuol terdapat pada sel tua
 
Vakuol hanya terdapat pada haiwan peringkat rendah
Mempunyai granul kanji
Mempunyai granul glikogen





(a)       Organisma Unisel dan Organisma Multisel
Perbezaan Organisma unisel dengan multisel

Organisma unisel
Organisma multisel
Organisma yang hanya mempunyai satu sel
 
Organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel
Biasanya kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop
 
Boleh dilihat dengan mata kasar
 
Contoh organisma unisel ialah yis, amoeba, paramesium, euglena, klamidomonas, pleurokokus
 
Contoh organisma multisel ialah hidra, spirogira


(b)       Organisasi Sel
Pengelasan Keseluruhan OrganismA

(a)       Pengelasan Haiwan

Vertebrata
Ciri
Ikan
-          Hidup di dalam air
-          Berdarah sejuk (poikiloterma)
-          Bernafas dengan insang
-          Badan diliputi sisik berlendir
-          Melakukan persenyawaan luar
-          Biasanya bertelur

-          Contoh-contoh ikan ialah ikan sepat, ikan yu, ikan bawal, belut, dan unduk-unduk.

Amfibia


-          Boleh hidup di air dan darat
-          Kulit lembap dan terdedah
-          Bernafas guna insang semasa kecil dan peparu semasa dewasa
-          Berdarah sejuk (poikiloterma)
-          Melakukan persenyawaan luar
-          Bertelur tanpa cangkerang

-          Contoh : Kodok, katak dan salamander.
Reptilia

-          Sesetengah hidup di air dan ada di darat
-          Kulit bersisik dan kering
-          Bernafas dengan menggunakan peparu
-          Berdarah sejuk (poikiloterma)
-          Melakukan persenyawaan dalam
-          Kebanyakannya bertelur dengan cangkerang

-          Contoh : Buaya, ular, penyu, kura-kura dan cicak.
Burung

-          Hidup di atas darat
-          Badan diliputi oleh bulu pelepah
-          Mempunyai sepasang kepak
-          Mempunyai mulut berparuh
-          Bernafas dengan peparu
-          Melakukan persenyawaan dalam
-          Berdarah panas (homoioterma)

-          Contoh : Burung pipit, burung merpati, burung helang, burung nuri, itik, penguin dan bangau.
Mamalia

-          Kebanyakan hidup di atas darat
-          Badan diliputi bulu atau rambut
-          Bernafas dengan menggunakan peparu
-          Mempunyai cuping telinga
-          Berdarah panas (homoioterma)
-          Melakukan persenyawaan dalam
-          Menyusu dan menjaga anak yang masih kecil
-          Mempunyai diafragma yang mengasingkan bahagian dada dan abdomen.

-           Contoh : arnab, kelawar, lembu, zirafah, platipus dan ikan paus.


·        Ciri-ciri yang berhuruf tebal adalah ciri yang membezakan lima kelas vertebrata

Invertebrata
Ciri

-      Invertebrata ialah haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang
-      Contoh-contohnya ialah belalang, lipas, lipan, siput, obor-obor,ketam dan kalajengking.
-      Kebanyakan invertebrata tinggal di dalam air kerana air boleh membantu menampung berat badannya.
-      Invertebrata adalah kumpulan haiwan yang paling banyak di dunia.
-      Kebanyakan invertebrata mempunyai kulit keras atau cangkerang keras untuk melindungi daripada musuhnya


(b)       Pengelasan Tumbuhan 
Tumbuhan Berbunga

Tumbuhan Tidak Berbunga

Tumbuhan Tidak Berbunga
Ciri
 
Alga

 
-      Hidup di darat dan laut
-      Tidak mempunyai batang, akar dan daun yang sebenarnya.
-      Alga berwarna hijau berklorofil.
-      Menghasilkan spora untuk pembiakan
-      Contoh :  Spirogira, Hidrilla,dan alga laut
 
Lumut
 
-      Hidup di tempat yang lembap berair
-      Mempunyai daun berklorofil dan rizoid sebagai akar.
-      Boleh membuat makanan sendiri.
-      Menghasilkan spora untuk pembiakan
-      Contoh :  lumut hati, lumut tanduk
 
Kulat
 
-      Hidup di kawasan lembap.
-      Tidak mempunyai akar, batang dan daun yang sebenarnya.
-      Tidak berklorofil dan tidak boleh berfotosintesis.
-      Menghasilkan spora untuk pembiakan.
-      Contoh :  yis, mukor, cendawan
 
Paku Pakis
 
-      Hidup pada kawasan lembap dan teduh
-      Mempunyai batang, daun berklorofil dan akar serabut
-      Mengasilkan spora untuk pembiakan.
-      Contoh : paku resam, paku langsuir dan paku  gajah